NOVEMBER 2020  Kebajikan para pelajar USAS yang menginap di rumah sewa sepanjang PKPB sentiasa diambil berat. Pelbagai pihak telah tambil memberi sumbangan demi kelangsungan para pelajar yang berjauhan daripada keluarga ini.

Antara bantuan yang diterima merupakan sumbangan barangan makanan daripada beberapa buah badan korporat dan NGO termasuk Pertubuhan Kebajikan Wanita Muslimah Kuala Kangsar (PEKANITA), Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Yayasan Pembangunan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)

Sumbangan telah disampaikan kepada pelajar terbabit oleh pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa, Majlis Perwakilan Kediaman dan Skuad Covid 19 USAS (SCUAVID USAS)