DISEMBER 2020 Tuanku Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan melantik  Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin sebagai Pro-Canselor USAS.

Sehubungan itu, majlis penyerahan watikan pelantikan itu telah disampaikan oleh Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor USAS bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.

Setinggi-tinggi tahniah daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Universiti Sultan Azlan Shah. Semoga dengan pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki akan membawa USAS kearah pencapaian organisasi yang lebih cemerlang.