NOVEMBER 2020 – Operasi disinfeksi secara menyeluruh telah dilakukan di seluruh kampus termasuk asrama, auditorium, kelas serta Bangunan Pentadbiran Universiti Sultan Azlan Shah oleh pihak Bomba & Penyelamat daerah Kuala Kangsar.
Semoga kita bersama-sama dapat menghentikan penularan wabak COVID-19 ini Insya Allah. Moga kita semua sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.