JANUARI 2021- Pandemik Covid-19 tidak menjadi penghalang kepada Universiti Sultan Azlan Shah untuk membuka pintu melalui pendidikan jarak jauh kepada pelajar antarangsa.

USAS telah mengambil langkah pertama dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti of Science and Technology, Yaman (USTY) bagi program Sarjana Pengurusan (Masters of Management) dan Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat (Masters of Information Technology Management) secara jarak jauh.

USAS diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof manakala USTY diwakili oleh Dekan Pengajian Jarak Jauh dan Elektronik, Dr. Waheeb Abdullah. Majlis telah diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.