MAC 2021 – Pada 10 hingga 12 Mac 2021, YBhg. Dato’ Khalid bin Hj Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah USAS Berhad telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sultan Azlan Shah selama 3 hari.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengurusan Eksekutif, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan USAS pada Majlis Jamuan Makan malam.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang lawatan:

  • Pertemuan bersama jawatankuasa World Conference on Islamic Thought (WCIT)
  • Mesyuarat bersama Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
  • Pertemuan antara Canang TV dan USAS TV
  • Lawatan ke ladang sawit USAS

Sepanjang lawatan kerja ini, YBhg. Dato’ Khalid bin Hj Ahmad banyak memberi gambaran idea yang boleh dilaksanakan dalam pembangunaan USAS.