OGOS 2022 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), International University Malay-Wales (IUMW) dan Jakarta Business School (JBS) telah diadakan di IUMW, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2022.

MoU ini telah ditandatangani oleh Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor USAS mewakili USAS, Prof. Dr. Kamila Ghazali, Naib Canselor IUMW mewakili IUMW dan Dr. Hamdan Zoelva, Rektor, JBS mewakili JBS.

Hadir sama ialah Pengurusan Eksekutif, Pengurus Besar, Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan USAS dan delegasi daripada IUMW serta JBS.