MAC 2023 Pada 17 Mac 2023, satu Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milik Kerajaan Negeri (IPTN) telah diadakan di Dewan Senat Universiti Sultan Ahmad Shah Pahang (UNIPSAS), Pahang. UNIPSAS menjadi tuan rumah untuk mesyuarat IPTN Bil.1/2023.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Prof. Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor USAS dan dihadiri oleh Naib Canselor/Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif dan Pendaftar Universiti/Kolej Universiti/Kolej di bawah IPTN.