MAC 2023 Penyerahan bantuan komputer riba daripada Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada 20 orang mahasiswa USAS. Bantuan tersebut merangkumi pakej komputer riba dan pelan internet percuma daripada Celcom dengan kos keseluruhan berjumlah RM 66,596.00.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Muhamad Razak bin Idris, Setiausaha Politik kepada Menteri Agama sambil disaksikan oleh Tn Hj Zabidi bin Nasan, CEO Yayasan Taqwa.

Kehadiran delegasi telah disambut oleh Prof Dato Dr Wan Sabri bin Wan Yusuf, pemangku Naib Canselor USAS.