OKTOBER 2023 Skuad Sukarelawan Universiti Sultan Azlan Shah terus memperkukuhkan hubungan mereka dengan komuniti tempatan melalui penyertaan aktif dalam beberapa aktiviti.

Skuad Sukarelawan telah melibatkan diri sebagai Sukarelawan bagi Kejohanan Sukan Olahraga SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar 2023. Seramai 15 orang sukarelawan telah memberikan khidmat bakti sebagai hakim penamat dan penjaga masa, pelepasan peserta dan pengurusan hadiah & pingat.

Di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar pula, seramai 10 orang sukarelawan telah menyertai Aktiviti Gotong Royong sempena Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Aktiviti ini merupakan satu lagi contoh penglibatan sukarelawan universiti dalam memupuk hubungan baik dengan komuniti tempatan.