JAN 2024 Salah satu daripada misi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) adalah mengantarabangsakan semua kegiatan universiti. Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian) menyahut seruan ini melalui hasrat jalinan kerjasama bersama Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) bagi pelaksanaan program mobiliti dan pertukaran pelajar.

Perbincangan awal telah dijalankan bermula pada bulan September 2022 dan pemetaan kursus-kursus yang bersesuaian telah dibuat oleh pihak Jabatan Sains Kemanusiaan, USAS dan UNY.

USAS begitu komited mengantarabangsakan setiap program pengajian yang ditawarkan bagi mencapai penarafan merit SETARA.