APRIL 2024 – Pada 24 April 2024, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menerima kunjungan daripada delegasi Sekolah Islam Wittaya Buengnamrak dan Sekolah Arrayan Pittaya Nusorn, Thailand yang diketuai oleh Asst. Prof. Dr. Nippon Sohheng.

Seramai 13 orang guru dan seorang pelajar telah menghadiri lawatan tersebut bagi membincangkan topik-topik berkaitan pengajaran dan pengurusan pendidikan di sekolah.

Diharapkan lawatan ini dapat memperkuatkan hubungan dan menggalakkan pertukaran pengalaman antara institusi pendidikan.