MEI 2024 –Kunjungan hormat delegasi Akademi Sekuriti Makanan Universiti Sultan Azlan Shah ke Jabatan Pertanian Negeri Perak, yang diketuai oleh YBhg. Naib Canselor USAS, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof bersama pengurusan kanan universiti dan pensyarah Ijazah Sarjana Muda Industri Pertanian, Jabatan Teknologi Maklumat, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat USAS.

Turut serta dalam perbincangan ini ialah YBhg. Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kamil Mydin Meera, YBhg. Pengurus Besar Dato’ Mohamad Akhir Hj. Yusof, dan Pengarah Akademi Sekuriti Makanan Ts. Azizi Ahmad.

Delegasi telah disambut oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak sendiri YBhg. Puan Ts. Norsiyenti Othman, timbalan pengarah dan pengurusan kanan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Dalam kunjungan hormat ini, USAS berhasrat untuk berkolaborasi bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk memantapkan penubuhan Akademi Sekuriti Makanan USAS.

Dalam masa terdekat, USAS juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak berkenaan Projek Tanaman Padi NMR152 di kawasan tanah terbiar seluas 8 hektar untuk tujuan penyelidikan dan pengeluaran beras.

Turut dibincangkan kerjasama latihan amali (hands on) bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Industri Pertanian, Jabatan Teknologi Maklumat, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat menerusi projek-projek dan fasiliti teknikal DOA Perak.

Semoga dengan kolaborasi dan hubungan baik ini memberi nilai tambah serta mengukuhkan lagi Akademi Sekuriti Makanan Negeri Perak menerusi agenda Perak Sejahtera 2030.