APRIL 2024 – Lawatan Penandaarasan Pegawai Psikologi UiTM Perak ke Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah.

Delegasi telah diketuai oleh Puan Roslina Abdul Rahman, Ketua Unit Kerjaya & Kaunseling, UiTM Perak dan disambut oleh Puan Fauzana binti Ahmad Rasli, Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Lawatan dimulakan dengan sesi pengenalan Unit Kaunseling BHEP dan sesi percambahan fikiran. Banyak yang telah dibincangkan dalam lawatan ini terutamanya dalam pengurusan sesi kaunseling dan penganjuran program. Delegasi juga tertarik dengan aktiviti Pasukan Fasilitator USAS dan Skuad Sukarelawan USAS dan akan mengadakan kolaborasi bersama melibatkan Peers UiTM dan Fasilitator USAS.
Delegasi juga dibawa meninjau fasiliti yang terdapat di Makmal Kaunseling USAS. Program di akhiri dengan sesi fotografi dan jamuan makan tengah hari. Semoga banyak manfaat yang diperoleh dari lawatan pendaarasan ini.