September 2024 – Ahli Lembaga Pengarah USAS Berhad dan Pengurusan Eksekutif USAS telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke USAINS Holding Sdn Bhd. Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan perkongsian mengenai operasi syarikat yang dimiliki oleh universiti. Pelbagai pandangan dan idea telah dibincangkan, termasuk kerjasama dan isu-isu berkaitan yang dapat memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi.