Oktober 2024 – Seminar Kaunseling, Kesihatan Mental dan Kolokium Pascasiswazah 2024 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya diadakan pada 21 dan 22 Oktober lalu. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan profesional.
Majlis telah dimulakan dengan seminar yang bertemakan “Kehilangan Bukan Satu Pengakhiran” oleh Prof. Dr. Mohammad Nasir Bistamam, diikuti dengan slot aplikasi ujian psikologi oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Wati Halim. Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor USAS, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusoff. Pihak USAS telah menjemput Prof. Dr. Rozmi Ismail bagi memberikan ucaptama yang berkaitan dengan isu kesihatan mental di era digital.
Pada hari kedua, seminar diteruskan dengan sesi mengenai kesedaran jenayah syariah dan forum kesejahteraan wanita. Program diakhiri dengan kolokium pembentangan pelajar pascasiswazah dari USAS dan UKM mengenai kajian psikologi dan kesejahteraan mental.