Oktober 2024 – Skuad Sukarelawan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menjayakan Program Rakan Bumi: Plogging Komuniti yang berlangsung di Ulu Kenas. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan ini melibatkan penyertaan 40 orang sukarelawan, termasuk mahasiswa dan mahasiswi USAS, dan merupakan siri ketiga inisiatif tersebut.

Program dimulakan dengan aktiviti memungut sampah di sepanjang laluan masuk ke kawasan Lata Ulu Kenas. Setibanya di dataran Ulu Kenas, para sukarelawan disambut oleh Pegawai Perhutanan Daerah Kuala Kangsar sebelum meneruskan aktiviti menanam pokok. Pokok yang ditanam terdiri daripada spesies merbau dan chengal, bertujuan untuk memulihara dan memperkaya ekosistem tempatan.

Pihak USAS mengucapkan penghargaan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar atas jemputan untuk menyertai program ini. Diharapkan usaha sebegini dapat menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan sukarelawan yang terlibat.