November 2024 – Para graduan 2024 dan alumni Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) diraikan dalam Majlis Makan Malam sempena Istiadat Konvokesyen ke-17 yang berlangsung pada 22 November 2024. Majlis tahunan anjuran Persatuan Alumni USAS ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Zolkafly Harun, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak.
Majlis ini bertujuan merapatkan silaturahim serta mengimbau kembali kenangan manis para alumni bersama universiti tercinta. Penghargaan khas juga diberikan kepada graduan 2024 yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
Anugerah Ikon Alumni turut disampaikan kepada dua tokoh alumni, Tuan Hj Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan (Graduan 2009), Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, dan Puan Siti Suraya binti Muhamad Taib (Graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan 2017), yang kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.