Disember 2024 – Pelajar di bawah kursus Pemasaran dari Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran) telah menyertai Program Infinity Marketer FPTM 1.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada pelajar dalam bidang pemasaran serta memperkenalkan mereka kepada dunia industri.
Program dimulai dengan acara Viva Batik yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Program utama ini adalah Event Pemasaran Batik sempena Hari Batik Negara. Aktiviti ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk memahami lebih mendalam tentang pemasaran produk tradisional batik, serta peranannya dalam mempromosikan budaya tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa. Para peserta turut menjalani temuramah eksklusif dengan Mr. Kavienan, pengasas Tea Thumbi Cup, dalam rangka menyempurnakan projek akhir kursus mereka. Projek ini berupa Pertandingan PITCH POSTER: Marketing/Business Plan, yang akan dinilai oleh pensyarah multimedia terpilih dan pensyarah kursus. Ini merupakan peluang emas bagi pelajar untuk mengasah kemahiran mereka dalam merancang dan memasarkan idea perniagaan.
Selain itu, para pelajar juga melibatkan diri dalam aktiviti pemasaran program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) di sekitar Brickfields. Program ini diharap dapat memberi manfaat dalam pembelajaran dan pembangunan kemahiran pemasaran mahasiswa.