MAC 2025 – Satu Program Gotong-Royong bubur lambuk telah diadakan di Masjid USAS. Program ini dianjurkan oleh pihak Perpustakaan USAS dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Masjid, Unit Latihan Industri dan Antarabangsa dan USASNITA sempena menyambut Ramadan al-Mubarak.

Seramai 10 orang sukarelawan telah ditugaskan dalam membantu menjayakan program ini. Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada kakitangan Perpustakaan USAS, setiap petugas berjaya menjalankan tugas dengan baik dalam membantu menjayakan program Gotong-Royong Bubur Lambuk. Bubur yang telah di bungkus diagihkan kepada orang awam, para pelajar dan staff USAS.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Perpustakaan USAS atas kepercayaan serta dorongan yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga semangat kesukarelawan ini terus subur dan dapat diteruskan pada masa hadapan.