
MAC 2025 – USAS Resort baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena bulan Ramadan. Majlis ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara komuniti serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Dalam semangat Ramadan yang penuh berkah, USAS Resort berusaha untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
Selain Majlis Iftar Perdana, USAS Resort turut melaksanakan satu lagi program CSR yang penuh bermakna, iaitu agihan bubur lambuk. Program ini diadakan pada sebelah tengahari di RnR Sungai Perak Arah Utara, di mana bubur lambuk yang disediakan diagihkan kepada orang ramai, khasnya mereka yang dalam perjalanan dan memerlukan sedikit juadah berbuka puasa. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada usaha USAS Resort untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan memberi sedikit keceriaan kepada mereka yang memerlukan.
Majlis Iftar Perdana ini juga diadakan untuk meraikan anak-anak dari Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz. Sebagai tanda prihatin, USAS Resort turut menerima sumbangan daripada Syarikat Korporat dan orang perseorangan yang akan diserahkan kepada rumah kebajikan tersebut. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor Prof.Dato’.Dr.Wan Sabri Bin Wan Yusof dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan Prof.Dato’Dr. Ahamed Kameel Bin Mydin Meera serta dihadiri oleh Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan USAS. Pihak USAS Resort ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sokongan mereka dalam menjayakan majlis ini. Sumbangan yang diterima adalah untuk membantu anak-anak di rumah kebajikan ini agar mereka turut merasai kemeriahan Ramadan.
Selain itu, Majlis Iftar Perdana ini juga menjadi medan penghargaan kepada rakan-rakan perniagaan strategik USAS Resort. Majlis ini memberi ruang untuk menghargai sokongan serta kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan niaga sepanjang tahun. Kerjasama yang erat ini adalah kunci kejayaan USAS Resort dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Sebagai penutup kepada pelaksanaan buffet Ramadan yang pertama kali dianjurkan oleh USAS Resort, Majlis Iftar Perdana ini juga menandakan tamatnya program buffet Ramadan yang telah berlangsung dengan penuh kejayaan. Dengan sambutan yang menggalakkan, pihak USAS Resort berharap untuk terus memperkaya pengalaman Ramadan pada tahun-tahun akan datang melalui lebih banyak inisiatif CSR yang memberi manfaat kepada komuniti setempat. Semoga dengan penganjuran majlis ini, kita semua dapat terus menghayati semangat Ramadan yang penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan, kasih sayang, dan saling memberi.



