MAC 2024 Pada 11 Mac 2024, delegasi daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang dipimpin oleh Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor USAS telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.

Dalam kunjungan tersebut, USAS telah mempersembahkan hala tuju baru universiti dalam melaksanakan Projek USAS Agriculture Industry Laboratory (UAIL) yang bertujuan untuk meneroka sektor baru dalam sekuriti makanan di negeri Perak.