APRIL 2024 –Pada 29 April 2024 yang lalu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menerima kunjungan daripada YDH ACP Hiesham bin Harun, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar yang baru menjawat jawatan pada minggu lepas. Kehadiran beliau telah disambut oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Ahmad Zaki bin Hasan, Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Sesi pertemuan tersebut telah menyaksikan perbincangan yang mendalam mengenai kerjasama yang boleh dibangunkan antara USAS dan pihak polis demi memastikan keamanan dan kesejahteraan komuniti kampus. Isu-isu berkaitan disiplin pelajar juga diberikan perhatian khusus dengan matlamat mewujudkan mahasiswa yang berdisiplin dan berintegriti tinggi.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel bin Mydin Meera, Timbalan Naib Canselor Akademik & Hal Ehwal Pelajar, yang menyumbangkan pandangan serta sokongan terhadap usaha-usaha yang dijalankan.