MEI 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dengan bangganya mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon-calon dari USAS Bridging Centre (UBC) tahun 2023.
Dengan pengumuman hasil peperiksaan yang disampaikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 27 Mei 2024, UBC meraikan pencapaian gemilang dengan kadar lulus mencapai 99.3%. Sejak tahun 2021, UBC telah menubuhkan Pusat Tuisyen dan Pusat Peperiksaan Persendirian bagi membuka peluang pada pelajar lulusan dari ma’ahad tahfiz yang belum memiliki SPM. Ini membolehkan mereka untuk belajar di UBC sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM, dimana mereka perlu melalui sesi pembelajaran tingkatan 4 dan 5 dalam tempoh 10-12 bulan. Seramai 152 calon UBC telah menduduki peperiksaan SPM pada 30 Januari 2024 hingga 7 Mac 2024 lalu dengan mencapai keputusan cemerlang.
Antara prestasi cemerlang yang ditunjukkan adalah:
8A 1B – 1 orang
8A – 2 orang
7A – 2 orang
6A- 1 orang
5A- 4 orang
4A – 12 orang
3A- 13 orang
USAS mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong program UBC, termasuk penaja utama seperti Yayasan Pelajaran MARA, Maybank Islamic, Takaful Malaysia, Yayasan Perak, Yayasan Taqwa serta pihak-pihak lain yang turut serta dalam menyumbang kepada kejayaan ini.