SEPTEMBER 2024 – Program “Moh Kenal Rumah Perak Ku” telah berlangsung dengan meriah di Dewan USAS, Kuala Kangsar. Acara ini dirasmikan oleh Puan Zaiteena Binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP) mewakili Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan penerangan yang menumpukan kepada keperluan serta peluang perumahan yang tersedia. Sesi ini juga membincangkan kepentingan perancangan kewangan dalam usaha memiliki rumah, termasuk penggunaan simpanan KWSP untuk pembelian rumah.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Prof Madya Dr. Shamsul Jamili bin Yeob, Timbalan Naib Canselor USAS, dan Sdr. Saiful Islam Bin Azamuddin, Pengarah Program. Mereka menyatakan harapan agar program ini memberi manfaat kepada rakyat Perak dalam memahami peluang serta proses memiliki rumah melalui skim perumahan negeri.