OKTOBER 2021 Universiti Sultan Azlan Shah terus menganjurkan forum Bicara Mahasiswa secara maya dan forum pada kali ini membincangkan tajuk “Pendidikan Tinggi Menjamin Kehidupan yang Baik: Satu Khayalan.”

Antara panel bagi episod ini ialah dua orang mahasiswa iaitu Razman bin Durhan, Presiden MPP Universiti Malaysia Sabah dan Muhammad A’linur Ahlam bin Abu Bakar, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Selain itu, dua orang mantan Naib Canselor iaitu Prof. Dato’ Dr. Sulaiman bin Md Yassin, Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu dan Kapten Dato’ Dr. Prof. Emeritus Dr. Hashim bin Yaacob (B), Mantan Naib Canselor Universiti Malaya.

Forum ini disiarkan selama dua jam, setiap hari Rabu, 2.30 petang hingga 4.30 petang melalui Facebook Rasmi Universiti Sultan Azlan Shah dan laman YouTube USASTV.