SEPTEMBER 2022 Pada 29 September 2022, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menerima lawatan hormat dari China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd dan Han Culture Centre (M) Sdn. Bhd.

Lawatan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai cadangan penubuhan Pusat Pendidikan Pembinaan dan Teknikal Malaysia-China Kerjasama USAS – Han Culture Centre (M) Sdn Bhd.

Hadir sama Prof. Dato’ Wan Sabri bin Wan Yusof, Timbalan Naib Canselor Akademik & Hal Ehwal Pelajar USAS, Dato Goh Hin San, Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia, delegasi Fujian Water Conservancy and Electric Power Vocational and Technical College, delegasi China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd.