FEBRUARI 2023 Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman Akademi Sekuriti Makanan (Penubuhan Dana Endownmen) di antara Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Institut Darul Ridzuan (IDR) telah diadakan pada 16 Februari 2023 disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Pertukaran MoU tersebut diwakili Tuan Haji Yahanis Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC bersama Tan Sri Prof Dato’ Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor USAS dan Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr Maisarah Ahmad.
MoU dipersetujui itu dianggap langkah permulaan dalam penubuhan akademi sekuriti makanan yang bakal bertapak di USAS dan akan dijadikan sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan dalam usaha menjadikan Perak sebagai lokasi pertama akademi seumpama itu ditubuhkan di Asia Tenggara.