APRIL 2023 Majlis perhimpunan bersama Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi telah berlangsung pada 4 April 2023 (Selasa) dengan dihadiri oleh staf dan wakil-wakil pelajar di Lobi Pentadbiran USAS bagi meraikan hari terakhir beliau sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan pemangku Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, kemudian penyerahan nota serah tugas kepada pemangku disusuli dengan ucapan wakil-wakil jabatan serta pemberian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Universiti Sultan Azlan Shah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi atas sumbangan dan penglibatan beliau bermula 2014 – 2023.