OGOS 2023 Satu program yang diberi nama Maulid Agung Alam Melayu anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak telah diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar dengan kerjasama USAS, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan beberapa agensi lain.

Program yang julung kali diadakan ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucap utama oleh SS Mufti Negeri Perak, Dato’ Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh dan selesai sepenuhnya pada kira-kira jam 12.00 malam.
 
Beberapa pengisian yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang program berlangsung seperti sesi Pembacaan Manaqib, sesi forum Muzakarah Warisan Bangsa, Perarakan Berselawat Berbusana Melayu, Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta acara kemuncak diisikan dengan Bacaan Al-Quran, Qasidah, Selawat dan Tausiah Khas yang disampaikan oleh Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani.