JANUARI 2021 Pengurusan Eksekutif Universiti Sultan Azlan Shah telah mengadakan lawatan Kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Saarani bin Mohamad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC Negeri Perak.
Delegasi ini dipimpin oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi. Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah dan diiringi oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Yusof, Timbalan Naib Canselor Akademik & Hal Ehwal Pelajar serta YBhg. Tuan Haji Anas bin Md. Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran & Kewangan.