FEB 2021 – Pelajar tahfiz kini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam negara meskipun tanpa SPM dengan termetrinya perjanjian persefahaman antara USAS, Intitut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR), Persatuan Madrasah Tahfiz Alquran Malaysia (Permata Al-Quran) dan Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat Addin Perak baru-baru ini.

Kesemua yang terbabit bersetuju untuk menjalin kerjasama strategik dalam membantu pelajar tahfiz yang tidak mempunyai SPM untuk mengikuti kelas intensif SPM yang dinamakan Program Fast Track SPM selama 10 bulan di USAS untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan Ijazah di pusat pengajian tinggi tempatan.Seramai 250 orang pelajar yang layak bagi program tersebut akan mendapat biasiswa tajaan MARA. Pelajar yang berminat boleh menghubungi USAS. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Mac 2021.