NOVEMBER 2021 Bicara Mahasiswa episod 10 merupakan episod terakhir bagi Siri 1. Forum pada kali ini membincangkan tajuk “Mahasiswa: Mewakili Jiwa dan Suara Rakyat”.

Antara panel bagi episod ini ialah Muhammad Faris bin Abdul Hadi, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Mohamad Aimi bin Mohd Zubir, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Khairunnasuha binti Nazzil Saifuddin, Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Siswi 2, PKPIM, Mohd Alif Anas bin Md Noor, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Dato’ Dr. Mohd Ghazali bin Md Noor, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Forum ini disiarkan selama dua jam, setiap hari Rabu, 2.30 petang hingga 4.30 petang melalui Facebook Rasmi Universiti Sultan Azlan Shah dan laman YouTube USASTV.