NOVEMBER 2021 Universiti Sultan Azlan Shah terus menganjurkan forum Bicara Mahasiswa secara maya dan forum pada kali ini membincangkan tajuk “Isu Bumiputera-Bukan Bumiputera: Masih Relevankah?”

Antara panel bagi episod ini ialah tiga orang mahasiswa iaitu Ahmad Naim bin Mohamed Salleh, Naib Yang Dipertua MPP Universiti Sains Malaysia, Tan Wen Kang, Naib Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, David Chuah Cee Wei, Yang Dipertua Kelab Sekretariat Ruku Negara Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, panel lainnya ialah Dato’ Dr Hassan bin Mad, SUA Majlis Perundingan Melayu dan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teras Universiti Sultan Zainal Abidin.

Forum ini disiarkan selama dua jam, setiap hari Rabu, 2.30 petang hingga 4.30 petang melalui Facebook Rasmi Universiti Sultan Azlan Shah dan laman YouTube USASTV.