OKT 2021 YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) telah membuat lawatan rasmi ke Universiti Sultan Azlan Shah pada 9 Oktober 2021.
Kunjungan YB Menteri disambut oleh Pengurusan Eksekutif, Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan dan Pengurus-pengurus Kanan USAS.
Dalam sesi ini, YB Menteri telah diberi penerangan ringkas mengenai Program Webinar Nusantara: Kelestarian Pendidikan Tahfiz Asia Tenggara Pasca Covid-19 dan Program CRS USAS SPM Fast-Track USAS Bridging Center.