JAN 2022 DEBRA PENNY DAVIS yang mendapat 7A dalam peperiksaan SPM telah tercicir untuk mendapat tempat di IPT dan pada minggu lepas, pengurusan Eksekutif USAS sendiri telah turun padang menjejaki Debra di Sabah untuk menyerahkan surat tawaran melanjutkan pengajian di USAS.

Ketibaan Debra di KLIA yang diiringi oleh Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Haji Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia telah disambut oleh delegasi daripada USAS.

USAS turut menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh untuk beliau melanjutkan pengajian di peringkat Asasi & Ijazah.

Kami bertolak pulang ke kampus USAS di Kuala Kangsar. Debra walaupun kelihatan letih dengan perjalanan yang jauh daripada Papar, Sabah cukup teruja bila tiba di perkarangan kampus USAS. “Cantiknya.” Itu lah diungkapkan oleh beliau setibanya di pintu utama kampus.

Selamat maju jaya Debra. Pendidikan untuk semua. Segalanya bermula disini!