MEI 2022 Kemalangan maut melibatkan lori dan kereta di KM245.2 Lebuhraya PLUS arah utara dari Terowong Menora menghala Kuala Kangsar pada 12 Mei 2022, jam 12.52 pagi membabitkan kereta Honda City dan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.
Lima mangsa, penuntut Universiti Sultan Azlan Shah rentung apabila kereta Honda City yang dinaiki mereka terbakar selepas kemalangan dengan dua treler terbabit.
Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian berasal dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Senai Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, Diploma Kaunseling Islami dari Parit Buntar, Perak.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana tidak sempat menyelamatkan diri. Setakat ini Jenazah dua mangsa kemalangan iaitu Ahmad Naim Najmi dan Ahmad Akmal, disembahyangkan sebelum terus dibawa balik ke kediaman waris masing-masing.
Universiti Sultan Azlan Shah mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa.