DISEMBER 2022 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-15 pada 3 dan 4 Disember 2022 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Istiadat tersebut berlangsung selama dua hari dengan empat sidang, setelah dua tahun diadakan secara maya susulan penularan pandemik COVID-19.

Tuanku Canselor, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghrur-lah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan penganugerahan ijazah kepada graduan pada sidang pertama serta menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.

Senarai Penerima

ANUGERAH TUANKU CANSELOR

Wan Mohammad Afiq Bin Wan Aris Fathillah, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)

ANUGERAH MENTERI BESAR PERAK

Nurul Ayu Shahira Binti Basri, Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)

ANUGERAH NAIB CANSELOR

Nuramirah Aisyah Binti Ahmad Fuad, Diploma Pengajian Islam

ANUGERAH TERBAIK IJAZAH SARJANA MUDA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM & SAINS SOSIAL

Faiz bin Marsus, Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)

ANUGERAH TERBAIK DIPLOMA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM & SAINS SOSIAL

Muhammad Hasti bin Mohd Razali, Diploma Kaunseling Islami

ANUGERAH TERBAIK IJAZAH SARJANA MUDA FAKULTI PENGURUSAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT

Mohamad Farith Amer bin Mohamad Hallaj, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)

ANUGERAH TERBAIK DIPLOMA FAKULTI PENGURUSAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT

Nur Mardhiah Maisara binti Mohamed Ali, Diploma Kewangan Islam

Istiadat kali ini membabitkan 1,908 graduan, merangkumi penerima Ijazah Doktor Falsafah (empat), Sarjana (47), Sarjana Muda (990) dan Diploma (852).

Tahniah kepada semua graduan.