JANUARI 2023 Pada 25 Januari 2023, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengaturkan perjumpaan bersama delegasi Islamic University in Uganda (IUIU) bagi perbincangan kerjasama dua hala antara USAS dan IUIU di USAS.

Delegasi tersebut diketuai oleh Prof. Dr Kaziba Abdul Mpaata, Timbalan Rektor, Mr. Sewankambo Hamza dan Prof. Sekamanya Siraje.

Pada waktu yang sama, telah termeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua universiti.