FEBRUARI 2023 Acara menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) di antara Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan EZ Golf Hub untuk program “Professional Programme on Golf Management” telah diadakan di Senibong Golf Club, Johor.

Pihak USAS diwakili oleh Naib Canselor, Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusuf manakala EZ Golf Hub diwakili oleh En. Jean-Michel Kok dan Master Johan Zwart.

Program berbentuk pengajian profesional ini terbuka untuk sesiapa yang berminat untuk mempelajari selok belok permainan golf daripada guru golf bertauliah dan meningkatkan lagi ilmu pengurusan, terutamanya kepada mereka yang sedang atau ingin bekerja di kelab-kelab golf di seluruh negara.