MAC 2023 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah anugerah yang diberikan oleh USAS kepada staf bagi menghargai sumbangan kerana kualiti dan kuantiti sumbangan melebihi tanggungjawab biasa bagi jawatan staf tersebut.

Seramai 30 orang staf telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022 pada 15 Mac 2023 di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Penghargaan ini juga adalah bertujuan menjadikan staf berkenaan sebagai contoh dan juga menjadi daya penarik kepada staf-staf lain untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Tahniah kepada semua penerima.