MAC 2023 Pada 16 Mac 2023 telah berlangsung Majlis Persaraan: Jasamu Dikenang Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor USAS di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.

Majlis tersebut adalah untuk meraikan persaraan Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi yang telah berikhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah bermula pada tahun 2014 hingga 2023.

Warga USAS merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada beliau yang telah banyak berjasa serta menaburkan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan di USAS dengan penuh dedikasi dan amanah.

Selamat bersara. Jasamu dikenang Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (2014 – 2023).