JUN 2023 Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah dibuat. Kebanggaan yang besar dirasakan apabila diumumkan bahawa pelajar-pelajar USAS Bridging Centre (UBC) telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

4 orang pelajar telah mendapat keputusan 7A, 7 orang pelajar 6A, dan 13 orang pelajar memperoleh keputusan 5A.

UBC mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar (PPD) atas kerjasama dan bimbingan yang telah diberikan dalam mengurus peperiksaan SPM 2022. Sokongan dari pihak tersebut telah memberikan sumbangan penting dalam pencapaian pelajar UBC.

Selain itu, penghargaan diberikan kepada penaja biasiswa Maybank Islamic melalui Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) atas pembiayaan tajaan biasiswa kepada pelajar.