NOVEMBER 2023 Pada 9 November 2023, Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan Pelancaran Repositori Takaful USAS.

Peserta program terdiri daripada pelajar dari pelbagai fakulti dan semester. Program ini merupakan langkah positif dalam memastikan pengetahuan pelajar tentang takaful terus berkembang di kalangan generasi muda.

Sesi taklimat telah diberikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Omar, President of International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE) & International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) dan Encik Mohd Radzuan Bin Mohamed, CEO Of Malaysian Takaful Association (MTA).

Program seperti ini adalah contoh yang baik tentang bagaimana institusi pendidikan dan badan-badan kerajaan mahupun swasta dapat bekerjasama untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Di dalam pelancaran ini juga turut diadakan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USAS bersama ICIFE, INCEIF dan Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS).