NOVEMBER 2023 Seramai enam pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menampilkan kebolehan mereka di Pahang Open Taekwondo Championship yang berlangsung di Kuantan, Pahang dari 25 hingga 26 November 2023.
Antara peserta yang membanggakan universiti tersebut adalah Aleeya Suzyana binti Asihatul Amri, pelajar Diploma Pentadbiran Perniagaan, dan Qamarul Azim bin Suhaimi, pelajarIjazah Sarjana Muda Sains Komputer. Kedua-duanya telah mengukir nama baik USAS dengan meraih pingat perak dalam kategori Poomsae dan Kyorugi.
Poomsae, bentuk seni dalam taekwondo yang menekankan gerakan berstruktur dan koreografi, menjadi medan kejayaan Aleeya Suzyana. Sementara itu, Qamarul Azim bersaing dengan cemerlang dalam Kyorugi, kategori pertarungan taekwondo yang menguji kecekapan dan keberanian atlet.
Kejayaan ini membuktikan bahawa USAS tidak hanya mengutamakan keunggulan akademik, tetapi juga memberi tumpuan kepada pembangunan bakat dan kemahiran atletik di kalangan pelajar. Dengan pencapaian cemerlang ini, diharapkan universiti akan terus menghasilkan atlet berprestasi yang dapat menyinar nama baik USAS dalam arena sukan taekwondo.