NOVEMBER 2023 Sebagai langkah proaktif untuk melindungi mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) daripada ancaman jenayah komersial, Sesi Taklimat Pencegahan Jenayah Komersial telah diadakan di kampus pada 30 November 2023.

Pengisian ilmu telah dilaksanakan oleh Tuan Shafiq dan Tuan Nobi, pegawai dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kuala Kangsar melibatkan lebih daripada 300 orang mahasiswa USAS.

Selepas sesi taklimat, pegawai dari IPD Kuala Kangsar telah mengadakan pertemuan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) USAS dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Pertemuan ini bertujuan untuk memberikan penerangan lebih mendalam mengenai Jenayah Komersial dan menjelaskan bidang tugas di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPDK.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha universiti dalam meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap risiko jenayah komersial dan mengekalkan persekitaran yang selamat. Diharapkan, dengan pengetahuan yang diterima, mahasiswa USAS dapat mengelak dari menjadi mangsa.