FEBRUARI 2024 – Dalam langkah proaktif memperkuat sinergi antara sektor pendidikan tinggi dan kerajaan, Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Delegasi daripada USAS telah disambut baik oleh  YBrs. Encik Zulhazri bin Abu Bakar, Ketua Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri. 

Dalam pertemuan yang penuh makna ini, kedua-dua pihak berkesempatan untuk saling bertukar pandangan dan strategi, melalui diskusi yang merangkumi topik pengurusan korporat, pengurusan pelanggan dan aduan serta komunikasi strategik.

Lawatan kerja ini bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi ia merupakan langkah awal menuju pembentukan kerjasama yang lebih intim serta menandakan era baru dalam jalinan kerjasama strategik.