JUN 2024 –Atlet Pencak Silat Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menunjukkan prestasi cemerlang di Kejohanan Pencak Silat Serumpun Panglima Peringkat Kebangsaan di Aeon Big Falim, Ipoh, Perak, dari 29 Mei hingga 2 Jun 2024.
Dengan penglibatan 15 atlet, USAS meraih 3 pingat gangsa dalam Kategori Open 1 (17-21 Tahun) dan Open 2 (22-40 Tahun).
Kejohanan ini bukan sekadar satu acara biasa; ia merupakan batu loncatan penting bagi atlet-atlet untuk persiapan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT 2024) dan Malaysian Varsity International Silat Championship 2024 yang akan berlangsung pada bulan 8 dan 9 nanti.Kejayaan ini membuktikan komitmen dan kecekalan atlet-atlet USAS dalam menerajui arena pencak silat ke peringkat yang lebih tinggi.