JUN 2024 –Sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 telah diadakan di Taman Kejiranan Bukit Jambul pada 1 dan 2 Jun 2024 yang menampikan pelbagai acara.

Hari Landskap Negara ini merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Jabatan Landskap Negara sebagai satu platform utama dalam menguatkuasakan industri landskap negara Malaysia pada setiap tahun.

Semasa hari sambutan tersebut, LAr. Muhammad Shafiq dan LAr. Zainal Syahrizal, Pensyarah Bachelor of Landscape Architecture (BLA) dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mencatat sejarah dengan memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Taman Mini Bercahaya yang dianjurkan oleh ILAM Northern Chapter.

Taman mini bertajuk “Whisper of the Misty Forest” mengabungkan elemen taman ketimuran dan alam mistik ini telah berjaya menarik perhatian juri dan para pengunjung.

Selain kejayaan cemerlang itu, BLA USAS turut menghantar lima penyertaan lain yang turut memberi saingan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyumbangkan idea dan kreativiti mereka dalam pertandingan ini.