SEPTEMBER 2024 – Kelantan Darul Naim telah menjadi lokasi bagi Kem Motivasi dan Kepimpinan anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program ini melibatkan penyertaan 120 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 di dua buah sekolah, iaitu SMK Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu dan SMK Dato’ Perdana, Bachok. Seramai 30 orang fasilitator dari USAS terlibat dalam mengendalikan program ini.

Bermula Oktober ini, Team Fasilitator USAS akan melaksanakan program motivasi di sekolah-sekolah setiap minggu sehingga Disember. Diharapkan usaha ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat, sejajar dengan matlamat USAS untuk membawa rahmat ke seluruh alam.