SEPTEMBER 2024 – Program Semarak Siswa Madani (Siswa Universiti Komuniti Madani atau SUKA@PERLIS) telah di anjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) buat kali-2 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia.

Seramai 300 orang peserta telah menyertai program SUKA@Perlis 2024 ini. Kesemua peserta terdiri terdiri daripada 18 IPTA dan 3 IPTS termasuk 3 buah Universiti dari Thailand. Program ini berbentuk komuniti masyarakat serta program anak angkat yang berlangsung di 6 buah kampung di Negeri Perlis.

4 orang wakil peserta dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) turut hadir dalam program sukarelawan ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung antaranya Sukan Rakyat, tukar minyak hitam percuma dan pemasangan solar bagi setiap kampung tersebut. Program ini bertujuan untuk mendekatkan hubungan di antara komuniti setempat seterusnya dapat menyemarakan lagi suasana yang harmoni.

Peserta dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) kerana memberikan peluang kepada USAS untuk berbakti kepada masyarat dan memperoleh manfaat daripada program ini.